Saturday, February 5, 2011

PANTUN EMPAT KERAT (MUHIBAH DAN PERPADUAN)

MAKSUD :

Rangkap 1 :
Amalan hidup bermuafakat mesti diamalkan dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang mendiami bumi Malaysia.

Rangkap 2 :
Rakyat majmuk yang mempunyai pelbagai resam dan budaya hidup di Malaysia dengan bersatu padu kerana memiliki semangat muhibah.

Rangkap 3 :
Sesuatu urusan yang dilakukan secara bekerjasama dan bergotong royong dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan

Rangkap 4 :
Rakyat yang berbilang kaum tidak mustahil untuk mewujudkan bangsa yang bersatu padu

Rangkap 5 :
Rakyat yang berbilang kaum masih mengamalkan budaya dan adat resam mereka sendiri tetapi dapat menerima amalan budaya nasional hasil cantuman adat dan budaya semua rakyat yang mendiami negara ini.

Tema / mesej :
Perpaduan dalam negara yang mempunyai rakyat majmuk

Persoalan :
a) Kepentingan amalan hidup yang harmoni dalam masyarakat;
b) Kepentingan membina semangat bersatu padu dalam negara berbilang kaum;
c) Bekerjasama dalam semua tindakan;
d) Kepentingan mengamalkan budaya nasional; dan,
e) Bersatu padu kerana mengamalkan semangat muhibah.

NOTA :
Sila lengkapkan nota kajian KOMSAS dari aspek Nilai dan Pengajaran dan catatkan dalam buku Nota anda untuk semakan pada 15 Februari 2011

No comments:

Post a Comment