Saturday, February 5, 2011

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Tema / mesej :

Nasihat yang dapat membina diri seseorang ke arah kebaikan.

Persoalan :

i) kepentingan mendapatkan ilmu pengetahuan;
ii) pentingnya menjaga perasaan dan hubungan sesama insan;
iii) kepentingan menjaga kesihatan diri; dan
iv) perlunya mendengar nasihat.

Nilai :

a) jati diri;
b) bekerjasama;
c) keprihatinan;
d) kasih sayang;
e) rasional;
f) berfikiran jauh;
g) hormat menghormati

Pengajaran :

a) Kita hendaklah sentiasa mendengar nasihat agar kita tidak tersilap langkah melakukan sesuatu yang memudaratkan diri.
b) Kita hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang sia-sia supaya kita dapat menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang melalikan.
c) Kita seharusnya mempunyai jati diri kita sendiri agar kita tidak mudah terpedaya oleh perkara-perkara yang negatif.


NOTA PERINGATAN :

Murid-murid Tingkatan 2D hendaklah melengkapkan nota kajian KOMSAS di atas dengan mengemukakan contoh serta huraian bagi aspek-aspek yang sudah dinyatakan. Lengkapkan nota anda dalam buku Nota dan serahkan kepada Cikgu BM Anda untuk semakan pada atau sebelum 5 Februari 2011.

4 comments: